Monday, March 25, 2013

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA MUSIM KE EMPAT 2013

Kejohanan Bolasepak Liga Subang Musim Ke Empat 2013 melabuhkan tirai bagi Pelawanan Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya petang semalam 24 hb. Mac 2013 dengan kemenangan pasukan HYFAC merebut gelaran Juara Piala F.A musim ini apabila berjaya menewaskan pasukan CRT TEAM dengan jaringan dua gol balas satu.

 

Permainan terikat satu sama di separuh masa pertama. Berbanding pasukan HYFAC yang lebih banyak menguasai permainan, pasukan CRT TEAM mempamerkan permainan yang kurang menyerlah di samping bahagian pertahanan yang agak lemah.

HYFAC mendapat gol pertama mereka di minit ke 23 separuh masa pertama selepas lima minit CRT TEAM berjaya menyumbatkan satu gol mendahului. Keadaan ini dilihat bukan sahaja melemahkan semangat pemain CRT TEAM, malahan turut menghampakan para penyokong CRT TEAM yang membanjiri ruang utama stadium.

Separuh masa kedua kedua-dua pasukan terikat satu sama sehingga tambahan masa. Dalam tambahan masa ini HYFAC berjaya menjaringkan satu gol untuk memastikan HYFAC menjuarai dalam perlawanan akhir ini.


Dengan kemenangan tersebut, pasukan HYFAC membawa pulang piala pusingan, pingat dan hadiah RM3,000.00 manakala CRT TEAM sebagai Naib Johan menerima RM2,000.00 serta pingat.

Hadiah dan pingat untuk Johan dan Naib Johan disampaikan sendiri oleh pengasas dan penaung Kejohanan Bolasepak Loga Subang, Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor.


Pasukan KM SG. BULOH dan ATAI FC yang tewas di peringkat separuh akhir Piala F.A turut mendapat hadiah RM1,000.00 berserta pingat dan ianya disampaikan oleh Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor.

Dengan ini, berakhirlah sudah kejohanan Piala FA Liga Subang pada musim ini. Tahniah diucapkan kepada HYFAC sebagai Johan Piala F.A dan pasukan CRT TEAM sebagai Nain Juara Piala FA Liga Subang serta kepada semua pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.