Monday, January 7, 2013

PERLAWANAN PEMBUKAAN LIGA SUBANG

PEMBUKAAN LIGA SUBANG DI DAHULUI DENGAN PIALA FA.
SABTU, 5 JANUARI 2013. Perlawanan pembukaan Liga Subang Musim Keempat kali ini ada kelainan dari musim-musim yang lepas, didahului dengan satu perlawanan Piala FA dan di ikuti dengan Perlawanan Piala Sumbangsih. Perlawanan dilangsungkan di Padang awam Paya Jaras Hilir.
MATANG PAGAR FC
SRI INDAH A FC
 
Perlawanan Piala FA hari ini antara Sri Indah A FC menentang Matang Pagar FC, dengan berkesudahan Sri Indah A FC menewaskan Matang Pagar FC 1-0. Bergitu rancak sekali peemainnan kedua-dua pasukan, kerana perlawanan Piala FC ada lah kalah mati.
Dalam separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat dengan 0-0, separuh masa kedua sri Indah A FC dapat menjaringkan 1 gol sehingga masa penamat.
 
PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH MUSIM KEEMPAT 2013
                Perlawanan Piala Sumbangsih kali ini antara SIAFC (RRIFC)menentang PJFC (PJ Hiliran). Dimana SIAFC (RRIFC) adalah juara Liga Super Musim Ketiga dan PJFC (PJ Hiliran) juara FA Musim Ketiga.
SIAFC (RRIFC)
PJFC (PJ HILIRAN FC)
                Perlawanan ini berkesudahan SIAFC (RRIFC) menewaskan PJFC (PJ Hiliran) 1-0. SIAFC (RRIFC) adalah juara dua tahun berturut-turut, SIAFC (RRIFC) Berjaya kali ini mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga Piala Sumbangsih.
                Separuh masa pertama PJ Hiliran tidak dapat mempertahankan gawang gol mereka, RRIFC telah mendahului dengan 1 gol. Di mana separuh masa kedua PJ Hiliran banyak membuat serangan ke gawang RRIFC, namun nasib tidak menyebelahi mereka. Akhirnya berkesudahan PJ Hiliran tewas dengan 1 gol.

No comments:

Post a Comment

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.