LIGA MALAYSIA


Piala FA: Selangor mara suku akhir

SELANGOR mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul pasukan pertama mara ke suku akhir Piala FA 2013 selepas menyingkirkan Sabah 3-0 dalam pusingan kedua di Stadium Likas, petang ini.

Kemenangan itu ternyata amat bermakna buat Selangor kerana berjaya mengubat kekecewaan setelah tersingkir di pusingan kedua musim lalu.
...
Dalam perlawanan hari ini, Selangor membuka tirai jaringan menerusi pemain importnya, Forkey Doe pada minit ke-45.

Sabah cuba mengatur asakan ke gawang lawan, tetapi berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Selangor.

K Soley meledak gol kedua pada minit ke-50 sebelum Forkey mengesahkan kemenangan buat pasukan Selangor menerusi gol ketiga pada minit terakhir perlawanan.

Dalam saingan suku akhir nanti, Selangor akan bertemu sama ada Kedah atau Johor Darul Takzim, yang akan beraksi pada 26 Februari ini.


 

  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BEZA Kapten Selangor dengan kapten ATM

Kapten Selangor - buat kenyataan di media tanpa 'petik' nama player ATM, hanya sindiran tajam

Kapten ATM - Serang nama player Selangor dan terus menuduh 'peribadi pemain Selangor'.
...
Analisisnya

Kapten ATM - mental problem
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MSL TV Commercial Shoot

Photo : Astro Arena 801
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMAIN Selangor, Mahali Jasuli (tengah) mengawal bola ketika berdepan dengan pemain Perak dalam perlawanan di sini, malam kemarin.

... LUMUT: Perak hanya berpuas hati seri 1-1 dengan Selangor yang beraksi dengan 10 pemain dalam saingan Liga Super di Stadium TLDM, malam kemarin.

Selangor kehilangan penyerang Amri Yahya selepas dikenakan kad merah oleh pengadil, Zulkifli Ahmad ketika perlawanan berbaki 10 minit untuk tamat separuh masa pertama.
Bagaimanapun masuk separuh masa kedua, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan jarak jauh Francis Deo pada minit ke-66.

Namun Perak bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-66.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kedudukan liga super selepas 5 perlawanan
  VIVA SELANGOR
Kedudukan Selangor berubah tempat. Turun 1 anak tangga

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMPAK SAMA TAPI INI BUKAN DIA, INI SEMUA POYO

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2013 "LIGA MALAYSIA"
PADA 25HB. JANUARI 2013
 

No comments:

Post a Comment

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.