Tuesday, March 12, 2013

SEMANGAT KESUKANAN

DEMI semangat kesukanan, peminat dan penyokong bola sepak Liga Subang diminta bersabar dan tidak bertindak mengikut perasaan ketika usaha sedang dijalankan bagi mengembalikan prestasi Liga Subang itu yang dilihat kurang memberangsangkan kebelakangan ini. Demikian tegas Pengerusi BFC Selangor Saudara Anuar Attan yang mengharapkan sokongan dan kerjasama peminat dan penyokong Liga Subang agar keadaan tidak menjadi bertambah rumit.


“Saya minta peminat bola sepak Liga Subang bersabar. Saya hanya boleh menasihatkan pihak berkenaan agar memperbaiki mutu Liga Subang,” katanya di kediaman beliau semalam bersama admin blog. Sekumpulan peminat dan penyokong bola sepak Liga Subang yang berang dikatakan telah banyak memberi komendi dalam blog ini yang menyatakan ketidak puashatian terhadap pengurusan liga dan pengadilan.

Sukan dapat membina modal insan yang patriotik kerana berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin negara. Kita didik supaya menghormati lambang-lambang negara seperti bendera. Apabila seseorang itu berjaya menjuarai kejohanan yang disertai dengan bangganya mereka akan mengibar bendera. Mereka tidak rela kalah atau `berputih mata` sebagaimana Nicol David apabila setiap kali berjaya secara tidak langsung semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan ahli sukan yang merupakan antara modal insan semangat patriotik dan bersemangat setia negara. Sukan dan permainan dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan negara.

Selain itu, mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri menjadi adat dalam permainan ada yang kalah ada yang menang bak kata pepatah,` alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan`. Mereka menjadi berani untuk bertarung walaupun lawannya lebih handal. Justeru, mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Jelaslah peranan sukan dalam membentuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Sukan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Acara sukan dan permainan seperti bola sepak, hoki dan ragbi adalah acara pasukan.

Kalah menang bergantung kepada kuatnya semangat kekitaan yang ada dalam diri para pemain. Mereka perlu bekerjasama dan tolong-menolong persefahaman dan muafakat sebaliknya jika bersikap seperti,` enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing` sudah pasti sukar untuk menang. Sukan dan permainan amat penting dalam memupuk modal insan patriotik. Selain itu, sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan patriotik yang berdisiplin.

Ahli sukan yang berjaya dan disegani. Mereka perlu memiliki disiplin yang tinggi, mereka perlu berakhlak dan berbudi pekerti mulia perlu mematuhi peraturan dan undang-undang pemainan amat penting untuk berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Contohnya Lee Chong Wei, pemain badminton negara Malaysia, yang begitu berjaya dalam sukan Badminton kenara memiliki disiplin yang tinggi. Sehubungan itu, yang berjiwa patriotik dan berpegang kepada,` biar putih tulang jangan putih mata`.

Jatuh bangunnya sesebuah negara amat berkait rapat dengan modal insannya. Menjadi tanggungjawab pemimpin hari ini. Menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda pewaris negara. Mereka perlu berusaha dan produktif mudah tabah menghadapi cabaran.Jika tiada wawasan 2020 akan tinggal menjadi ungkapan retorik dan sebuah fatamorgana di mayapada ini.

 

13 comments:

  1. mohon untuk taun dpn tidak lg dibuat group a,b,c,d seperti taun ni..hope liga dibuat seperti taun lpas dan dua taun lpas....supaya semua team berpuas hati,dan dpt men lame...tu saranan sye sebagai salah sorng player liga subang..

    ReplyDelete
  2. nak kekalkan.prestij liga subang pihak.penganjur kena bgtau awL Final semua game FA,Perdana& Super nak buat kat mana¿kalau betul bagai d.kata akn d jlnkan.di pdg paya jaras hilir bermakna mmg makin.merudum.ler nilai liga subang d.mata anak muda...patut makin.lama makin.d pertingkatkan tapi ini pula berlaku sebaliknya..fikir2kn& renung2kan..

    ReplyDelete
  3. Liga subang telah masuk musim yg ke 4..apa yg kita telah lihat pd musim yg 1 hingga ke 3 sume perlawanan akhir telah diadakan begitu meriah distadium..bg saya utk bersikap adil pd sume pasukan yg tlh bertukus lumus utk ke final wajarlah kiranya utk perlawanan akhir fa dan liga diadakan seperti musim2 yg lalu..soal penyokong kita serahkan pd pasukan yg layak tuk memenuhi setiap ruang yg ada distadium..insyaALLAH MERIAH!

    ReplyDelete
  4. Dato nak meriahkan.pdg dlm.kawasan utk tarik pengundi2 dpt dtg saksikan secara dekat kemeriahannya..nak.g stadium.jauh..duit sewa stadium boleh buat cabutan bertuah tv LCD dan IPAD...baru gegar Dun Paya Jaras..team Final thn ni apa kata bekorban ler sikit..

    ReplyDelete
  5. Final main kat padang hilir.kan ramai penyokong.mcm2 bangsa ade kn huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Tak de hal ikut la mana pdg pun..janji final

    ReplyDelete
  7. Bagi saya tempat bukan satu isu yang sebenarnya, kita sebagai satu generasi baru yang tahu sekarang ini terutama sekali selangor bukan dalam pemerintahan kita jadi cuban kita dapatkan kembali selangor, dan kita beri semangat pada dato untuk menawan kembali selangor. barulah kita boleh diman pada dato. setakat cakap kosong saja buat apa. cakap lebih je dlm blog, salah kan org itu salah kan org ini tak reti bersukur ke.

    ReplyDelete
  8. UMNo /BN suka cipta alasan..lepas isi Lahad Datu skrg isu pdg pula..semua cari peluang mcm nak lepas anjing tersepit..yg jadi mangsa pemain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni la racun sebenarnya, pencetus kekecohan, kt sini sibuk cerita sukan, kau sibuk nak bangkit hal lain, kau nak bukak fitnah kau pergi tempat lain, sini org nak bersukan, tak reti bersyukur nk menfitnah pulak, tlg jgn sibuk kt sini, aku cadangkan season depan liga subang jgn buat blog mcm ni, buat fb fan page, senang comment pakai profile sendiri.

      Delete
    2. tade siapa yg jadi mangsa pon? mangsa apa kau ckp ni?? apa cerita lahad datu kau kt sini?? aku suka umno/bn jaga, elok je aman hidup aku anak beranak, elok je aman solat aku sekeluarga terjaga, kau apa cerita sibuk2 sini? kau sorang je mangsa kolot kt sini..

      Delete
  9. tk semestinya main kt stadium tk seronok bro. kt tmpt lain tk der padang pon semangat nk main berkobar kobar. dh 3 musim main kt stadium apa salah nye main kt tmpt lain pulak. klu tk nk main kt PDG KOTA DAM, PAYA JARAS HILIR atau PDG RRI mana lagi best. apa kata kita game final kali ni main kt PDG BUKIT LANJAN. jgn la kita fikir nk politik jr time ni. politik politik jugak sukan lebih penting sekarang ni. cuba berfikiran positif sikit brooooooooooo.

    ReplyDelete
  10. di sini sy cdg kn agar pdg yg sedia ada sekarang ni kita masuk kn dlm menifesto BN SELANGOR PRU13 ni agar dpt di baik pulih utk BELIA2 d setiap pelusuk negeri SELANGOR. disebab kn gairah utk dpt undi kadang kala mereka lupa kemahuan belia seluruh SEL yg itu kami mahu kn pdg bola yg sesuai utk mereka main bola.

    ReplyDelete

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.