Thursday, February 21, 2013

LONJAKAN SEMANGAT SEPARUH AKHIR FA LIGA SUBANG

Perlawana separuh akhir Piala FA telah dijadualkan pada 2hb dan 3hb Mac ini. Perlawanan akan dijalankan di Padang Awam Paya Jaras Hilir, kedua-dua perlawanan ini akan bermain jam 5.00 pm.

Empat pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir iaitu; ATAI FC, CRT TEAM FC, KM SG. BULOH FC dan HYFAC.

PAYA JARAS
  1. ATAI FC
  2. KM SG. BULOH
  3. HYFAC

KOTA DAMANSARA
  1. CRT TEAM FC
Musim keempat ini ternyata pasukan dari DUN Paya Jaras menguasai Piala FA, adakah satu-satunya pasukan dari DUN Kota Damansara ini akan menentang habis-habisan 3 pasukan dari pasukan DUN Paya Jaras. Mari kita turun ramai-ramai melihat perlawanan separuh akhir Piala FA ini.

Ternyata dari komen-komen yang diberi, menunjukkan ketidak sabaran peminat Liga Subang ini untuk turun ke padang melihat perlawanan separuk akhir Piala FA kali ini. Walau pun terdapat kontrovesi beberapa pasukan yang layak ke pusingan separuk akhir Piala FA ini.


No comments:

Post a Comment

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.